Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis lancar vaksin untuk semua orang dewasa

    PARIS, 31 MEI – Perancis hari ini melancarkan vaksin COVID-19 kepada semua orang dewasa, seminggu sebelum Jerman, ketika Eropah berlumba-lumba untuk mengelakkan gelombang jangkitan lain yang disebabkan oleh varian virus baharu.

    Sehingga kini, pihak berkuasa Perancis memberi keutamaan kepada individu berusia lebih 50 tahun, yang berisiko atau orang dewasa yang lebih muda yang mempunyai masalah kesihatan. Setakat ini, 25.4 juta orang telah menerima suntikan vaksin pertama, mewakili sekitar 38 peratus penduduk dan hampir satu dari dua orang dewasa.

    Hampir 12 juta telah menerima dua dos vaksin yang diperlukan untuk perlindungan penuh. Ketika orang Perancis menikmati tahap kebebasan berikutan pembukaan semula kafe, restoran dan muzium dua minggu yang lalu, pada awalnya tahap keraguan vaksin mula mereda.

    Pada awal Mei menunjukkan bahawa 65 peratus orang dewasa merancang untuk mendapatkan vaksin, meningkat dari 48 peratus pada bulan Februari.– AFP

    Perdana Menteri Perancis, Jean Castex dan Menteri Kesihata, Olivier Veran semasa lawatan di pusat vaksinasi COVID-19 di bandar Saint-Maur-des-Fosses, ketika Perancis hari ini memulakan vaksin kepada semua orang dewasa. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda