Perancis lanjut pas COVID-19 meski berdepan bantahan

PARIS, 9 OGOS – Perancis hari ini mula menguatkuasakan pas COVID-19 yang diperjuangkan oleh Presiden Emmanuel Macron di kafe-kafe, restoran dan kereta api, memperketat peraturan yang kerajaan harapkan akan merangsang vaksinasi namun sebaliknya mencetuskan bantahan marah selama berminggu-minggu.

Pas itu yang sudah pun dikehendaki kira-kira tiga minggu lalu untuk pergi ke pawagam, menghadiri konsert atau pun melawat muzium, akan sama diperlukan dalam segala aspek kehidupan rutin di Perancis seperti minum kopi di kafe serta membuat perjalanan ke bandar menggunakan kereta api. Hampir suku juta penduduk mengadakan bantahan di seluruh negara itu pada Sabtu terhadap pelanjutan pas tersebut, perhimpunan terbesar selama empat hari berturut-turut, namun Macron bersabar dengan kebimbangan penunjuk perasaan berhubung vaksinasi atau dakwaan halangan kebebasan awam.

Pas kesihatan itu dijana dalam kod QR Pas mengandungi maklumat vaksinasi lengkap, keputusan ujian virus negatif terbaharu atau status sembuh COVID-19. Kerajaan memberikan tempoh seminggu kepada orang ramai dan perniagaan bagi membiasakan diri dengan peraturan baharu.

Ketika kafe-kafe beroperasi pagi ini, terdapat pelanggan-pelanggan yang kecewa di hadapan premis yang berjuang untuk ‘hidup’ setelah berbulan-bulan lamanya ditutup semasa sekatan pandemik.

“Mereka tidak memiliki pas kesihatan dan tidak ada yang saya dapat lakukan,” kata Mirela Mihalca, menunggu di meja sebuah kafe di tengah Paris, menunjuk dua pelanggan yang duduk di kafe itu namun dia enggan untuk melayaninya. – AFP

Seorang penumpang menunjukkan ujian antigenik negatif COVID-19 di stesen kereta api Lyon di Paris pada 9 Ogos. – AFP