Friday, October 11, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis larang pemakaian jubah di sekolah

    PARIS, 28 OGOS – Pihak berkuasa Perancis akan menguatkuasakan larangan pemakaian ‘abaya’ atau jubah dalam kalangan pelajar perempuan Islam di sekolah atas alasan pakaian terbabit melanggar undang-undang negara berkenaan.

    Menteri Pendidikan Perancis, Gabriel Attal, dalam siaran televisyen tempatan memaklumkan tiada lagi pemakaian jubah di sekolah.

    Sehubungan itu, pihaknya akan memberikan peraturan jelas kepada ketua sekolah sebelum sesi persekolahan kembali bermula di seluruh negara mulai 4 September.

    Tindakan berkenaan dilakukan selepas perdebatan panjang mengenai pemakaian jubah di sekolah Perancis, di mana wanita sudah lama dilarang memakai pakaian seperti itu.

    Sementara itu, terdapat laporan semakin ramai pelajar memakai jubah ke sekolah dan ia didakwa mencetuskan ketegangan antara guru dan ibu bapa.

    Mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan, Gabriel menjelaskan bahawa sekularisme bermaksud kebebasan untuk membebaskan diri melalui sekolah.

    Justeru, beliau menggambarkan jubah sebagai simbol keagamaan yang bertujuan untuk menguji penentangan Perancis terhadap tempat perlindungan sekular yang mesti diwujudkan oleh sekolah.

    “Anda memasuki bilik darjah, anda mesti tidak dapat mengenal pasti agama pelajar dengan melihat mereka,” katanya.

    Undang-undang di Perancis pada Mac 2004 melarang pemakaian pakaian menjurus kepada agama seseorang di sekolah dan secara tidak langsung menunjukkan pertalian agama di sekolah.

    Larangan itu turut merangkumi penggunaan salib besar, kippa Yahudi dan tudung Islam.

    Perdebatan mengenai isu berkenaan semakin memuncak sejak berlakunya kes membabitkan seorang pelarian Chechnya yang memenggal kepala gurunya kerana menunjukkan kepada pelajar karikatur Nabi Muhammad, berhampiran sekolahnya di pinggir bandar Paris pada 2020.

    Sebuah badan Islam kebangsaan merangkumi pelbagai persatuan Islam, CFCM, berkata pakaian saja tidak menjadi simbol keagamaan.

    Ini adalah pengumuman pertama Attal, 34, sejak dinaikkan pangkat bagi mengendalikan portfolio pendidikan yang mencabar.

    Beliau bersama Along Menteri Dalam negeri, Gerald Darmanin, 40, dilihat sebagai ‘bintang politik baharu’ yang berpotensi menggantikan Presiden Emmanuel Macron, yang akan berundur pada 2027. – AFP

    Gambar canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda