Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis mencipta tiram lemon untuk musim percutian

    PERANCIS – Seorang penternak makanan laut dari Perancis telah mencadangkan tiram dengan satu perisa yang enak dan sedap.

    Tiram yang dimaksudkan ialah tiram yang berperisa lemon namun khas untuk musim percutian ini.

    Makanan istimewa ini telah berjaya melalui beberapa ujian dan eksperimen tertentu serta beberapa percubaan sering dilakukan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

    Joffrey Dubault yang berusia 29 tahun telah menawarkan tiram ini bersama dengan beberapa perisa sampingan yang lain seperti bawang merah serta bersama iringan perisa yang lain untuk membuat isi tiram berkenaan terapung dan ada perisa.

    “Sebenarnya, ia agak mengecewakan pada mulanya apabila saya terpaksa membuang 90 peratus hasil percubaan terhadap tiram-tiram ini. Namun kini saya sudah mempunyai kadar kejayaan sekitar 95 peratus,” kata penternak tiram itu kepada wartawan media.

    Joffrey Dubault yang berusia 29 tahun telah menawarkan tiram ini bersama dengan beberapa perisa sampingan yang lain. – AFP
    Berikutan dengan perkembangan yang bagus itu, Joffrey telah berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri yang dipanggil sebagai ‘So’ooh’ dalam usahanya untuk memasarkan lagi produk terbarunya itu kepada orang ramai. – AFP

    Proses yang merumitkan itu memakan masa yang lama di mana setiap tiram merangkumi tiram dalam air laut yang dibekalkan dengan ekstrak lemon antara dua dan 12 jam.

    Secara semula jadi, tiram akan mengepam air melalui insang kemudian insang tersebut akan menjadi sebati dengan rasa yang telah digunakan.

    Teknik ini berkemungkinan agak mudah walaupun sedikit merumitkan namun apa yang pasti teknik ini merangkumi 16 langkah untuk melengkapi proses tersebut dan jika berlaku kesalahan atau kekurangan daripada proses berkenaan, kualiti tiram lemon tidak akan menjadi dengan betul malah hasilnya akan dikira gagal.

    “Saya telah menanam sekitar 40 tan bivalves setiap tahun di luar Marennes dan memang terkenal dengan tiram Perancis di kawasan pantai barat,” tambah Joffrey lagi kepada media.

    Untuk perisa coklat? Tidak boleh

    Joffrey Dubault berkata bahawa dia telah mendapat idea ini daripada pelanggan-pelanggan beliau yang selalu meminta Joffrey untuk menambah perisa lemon bersama dengan pembelian tiram mereka dan Joffrey telah mula melaksanakan tambahan perisa itu sekitar bulan Oktober dan sehingga ke hari ini, dia telah menemui para pembeli dari Belgium ke Hong Kong.

    Joffrey juga memenangi pengiktirafan dengan pembaharuan itu di sebuah pameran perdagangan makanan laut di Brussels pada bulan April yang lalu.

    Joffrey juga menerima ucapan tahniah dan syabas daripada pelawat-pelawat China dan mengatakan bahawa mereka juga turut membuat eksperimen yang sama dan telah memakan masa selama tujuh tahun.

    Berikutan dengan perkembangan yang bagus itu, Joffrey telah berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri yang dipanggil sebagai ‘So’ooh’ dalam usahanya untuk memasarkan lagi produk terbarunya itu kepada orang ramai dan juga antarabangsa.

    Pada tahun depan, Joffrey merancang untuk menambah lagi gudang ternakan tiramnya dan juga mencipta lebih banyak perisa-perisa baru untuk tiram-tiram ini. – AFP

    Joffrey menetapkan sasaran di pasaran Asia malah dia telah membuat beberapa versi perisa baru seperti halia dan ada juga tiram berperisa dengan pelbagai rasa seperti penggunaan keju yang mana diadaptasi daripada masakan Itali.

    Pada tahun depan, Joffrey merancang untuk menambah lagi gudang ternakan tiramnya dan juga mencipra lebih banyak perisa -perisa baru untuk tiram-tiram ini. Dia juga merancang untuk menggunakan lada dan juga sejenis kulat yang boleh dimakan dan berkemungkinan akan dapat direalisasikan pada musim percutian pada tahun berikutnya.

    “Orang ramai juga meminta saya untuk menambah perisa coklat dalam tiram-tiram ini, namun saya tidak dapat menambah perisa itu kerana tidak ada cara yang dapat menambahnya selain tidak dapat disatukan,” tambah Joffrey lagi kepada media.

    Daripada kebanyakan pelanggan-pelanggannya, penduduk Perancis adalah yang paling sukar untuk memenangi cita rasa mereka malah Joffrey memanggil mereka sebagai ‘Purists’.

    Namun Joffrey masih berharap situasi itu akan dapat berubah di mana baru-baru ini, dia telah menandatangani satu perjanjian bersama rangkaian pasar raya utama di negara berkenaan.

    “Orang ramai makan dadih dan minuman berperisa, jadi kenapa tidak tiram?” Joffrey mempersoalkan. “Namun ada satu tiram berperisa ‘Raspberi’ tetapi ia hanya sesuai untuk golongan muda sahaja.”

    Ia adalah strategi yang perlu untuk ke hadapan, malah peminat-peminat tiram sudah tidak lagi mengenal usia. Ia turut dimakan oleh pelbagai peringkat umur kerana penternakan tiram sudah cukup maju untuk dihasilkan,” tambah Joffrey mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda