Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis pecah rekod suhu panas baharu

    PARIS, 12 OGOS – Rekod suhu baharu telah dipecahkan di empat stesen cuaca di selatan Perancis kelmarin apabila sebahagian besar negara itu dilanda gelombang haba bagi musim panas dan kerajaan menggesa agar berjaga-jaga.

    Di bandar barat daya Bordeaux, merkuri mencecah 41.6 darjah Celsius (C) pada sekitar 4 petang, berbanding rekod sebelumnya 41.2C pada 23 Julai 2019.

    Rekod sepanjang masa juga dipecahkan di stesen meteorologi di Bergerac, Cognac dan Saint Girons, menurut perkhidmatan cuaca negara itu, Meteo France.

    “Suhu maksimum boleh meningkat lagi,” kata peramal di Meteo France, Patrick Galois, kepada pemberita.

    Manakala duhu 41C direkodkan di bandar Toulouse dan Carcassonne.

    Gelombang haba, yang kedua di negara itu pada musim panas ini, bermula Jumaat lalu dan diramalkan berterusan sehingga hujung minggu.

    Galois berkata gelombang haba itu boleh berlaku secara berterusan sehingga 19 atau 20 Ogos.

    Kelmarin, 12 jabatan Perancis diletakkan dalam amaran merah, amaran haba tertinggi di negara itu, dan perkhidmatan cuaca negara berkata ia meletakkan empat lagi jabatan dalam amaran merah mulai tengah hari ini.

    Lebih daripada 60 jabatan termasuk wilayah Ile-de-France yang termasuk Paris akan diletakkan dalam amaran gelombang haba jingga, yang kedua tertinggi.

    “Suhu tinggi bergerak ke arah timur laut dan terutamanya timur tengah,” kata perkhidmatan cuaca. – AFP

    Gambar fail bertarikh 1 Julai 2025 menunjukkan pelancong menyejukkan diri di Air Pancut Trocadero, di hadapan Menara Eiffel di Paris. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda