Monday, November 25, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis peringati 80 tahun bebas Nazi

    STRASBOURG, 24 NOV – Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-80 pembebasan Strasbourg daripada pendudukan Nazi oleh tentera Perancis Bebas, dengan menyeru agar mangsa-mangsa Perang Dunia Kedua yang sering diabaikan diberi penghormatan sewajarnya.

    Presiden Macron menghadiri upacara ketenteraan di Dataran Broglie, di tengah Strasbourg, termasuk memberi penghormatan di hadapan monumen Jeneral Philippe Leclerc, yang mengetuai tentera Perancis Bebas membebaskan bandar itu pada 23 November 1944.

    “Apabila kami melihat bendera berkibar di puncak katedral, kami tahu bahawa objektif kami – kebebasan dan pembebasan Alsace – telah tercapai,” kata Roger Le Neures, seorang warga veteran berusia 101 tahun yang hadir pada upacara itu.

    Sebagai tanda penghormatan kepada pasukan pembebas, bendera Perancis turut dikibarkan di menara katedral sepanjang upacara itu.

    Macron juga dijadualkan melawat Natzweiler-Struthof, satu-satunya kem tahanan yang dibina Nazi di tanah Perancis, kira-kira 60 kilometer dari Strasbourg. Daripada 50,000 tahanan yang dipenjarakan di kem itu dan kem satelitnya, kira-kira 17,000 orang meninggal dunia atau hilang. – AFP

    Macron semasa memeriksa barisan tentera pada satu upacara di Place Broglie baru-baru ini, bersempena ulang tahun ke-80 pembebasan bandar Strasbourg daripada pendudukan Nazi. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda