Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis sahkan penghantaran senjata ke Arab Saudi

    PARIS, 8 Mei – Kerajaan Perancis mengesahkan hari ini yang penghantaran baharu senjata akan menuju ke Arab Saudi, meskipun mendakwa Riyadh menggunakan senjata itu dalam perang Yaman.

    Menteri Pertahanan Florence Parly memberitahu televisyen BFM yang senjata itu akan dimuatkan ke dalam kapal kargo Saudi yang dijadualkan tiba hari ini di pelabuhan Le Havre, Perancis.

    Dia enggan untuk mengenal pasti jenis senjata namun membalas balik pendirian Perancis yang ia hanya akan digunakan untuk tujuan pertahanan oleh Arab Saudi sejak ia memulakan serangan Yaman pada 2015.

    “Sejauh mana yang kerajaan Perancis sedari, kami tiada bukti yang mangsa-mangsa di Yaman itu adalah akibat daripada penggunaan senjata Perancis,” kata Parly. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda