Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Perancis sedia alami gangguan besar

    PARIS, 18 OKT – Perancis sedang bersiap sedia untuk menghadapi gangguan besar hari ini selepas kesatuan sekerja mengadakan mogok pengangkutan di seluruh negara.

    Kesatuan masih belum mencapai kata sepakat dengan kerajaan berhubung tindakan mengabaikan depoh minyak, sekali gus telah mencetuskan kekurangan bahan api.

    Langkah tersebut dibuat selepas pekerja di beberapa kilang penapisan dan depoh yang dikendalikan oleh gergasi tenaga TotalEnergies mengun-di untuk melanjutkan tindakan mogok mereka.

    Tindakan mereka telah mengganggu pengedaran bahan api secara serius di seluruh negara khususnya di utara dan tengah Perancis serta rantau Paris.

    Pemandu kenderaan telah berebut-rebut untuk mengisi tangki disebabkan mogok kekurangan bahan api, yang dialami selama hampir tiga minggu, melumpuhkan bekalan lebih 30 peratus stesen minyak Perancis yang telah memberi kesan ke atas semua sektor ekonomi.

    Kerajaan Presiden Emmanuel Macron menggunakan kuasa pengambilalihan untuk memaksa orang mogok kembali membuka pangkalan bahan api, satu langkah yang menimbulkan kemarahan kesatuan tetapi setakat ini telah disahkan di mahkamah.

    “Kami akan terus melakukan yang terbaik,” kata Macron selepas pertemuan kelmarin dengan para menteri, sambil menambah beliau mahu krisis itu “selesai secepat mungkin”.

    Menteri Kewangan, Bruno Le Maire sebelum ini berkata adalah perlu untuk menggunakan kuasa pengambilalihan untuk membuka semula kilang penapisan dan depoh.

    “Masa untuk rundingan sudah tamat,” kata Le Maire kepada penyiar BFMTV.

    “Namun, terdapat rundingan dan perjanjian,” merujuk kepada perjanjian yang telah dimuktamadkan minggu lalu antara TotalEnergies dan dua kesatuan majoriti, tetapi ia telah ditolak oleh kesatuan CGT yang berhaluan keras, tambahnya. – AFP

    Gambar fail menunjukkan pekerja mogok berkumpul di pintu masuk depoh minyak TotalEnergies di luar Dunkirk, utara Perancis. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...