Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis sokong kilang China bekal bateri untuk Renault

    LAMBRES-LEZ-DOUAI, PERANCIS, 28 JUN – Presiden Emmanuel Macron hari ini mengunjungi utara Perancis untuk menyokong rancangan sebuah kilang bateri milik China yang akan membekalkan bateri kepada pembuat kereta Renault ketika Eropah mempertingkatkan peralihannya kepada kenderaan elektrik.

    Projek dari Envision China yang bernilai dua bilion euro itu disambut sebagai contoh usaha Macron untuk merangsang firma-firma asing untuk ‘memilih Perancis’ bagi pelaburan terutamanya dalam teknologi canggih.

    “Dengan projek ini, kami akan melaburkan lebih 200 juta euro bersama syarikat-syarikat, para pelabur dan kerajaan setempat,” kata Macron kepada eksekutif-eksekutif dan pegawai tempatan di tapak itu.

    “Inilah perpaduan Perancis yang menyedari bagaimana untuk bekerja sama…yang akan membenarkan kami maju dan memenangi semula industri kami, memenangi semula kekuatan kami selain produktif dan adil,” katanya.

    Ia akan menjadi bateri kedua yang digelar ‘kilang mega’ di Perancis selepas kilang yang dirancang oleh pesaing pembuat auto Stellantis dan syarikat tenaga gergasi TotalEnergies.

    Sekitar 1,000 kerja akan diwujudkan selama tiga tahun oleh sebuah projek yang dihasratkan untuk memulihkan tiga kilang Renault yang bergelut selama bertahun-tahun.

    Syarikat tersebut berharap akan menghasilkan 500,000 kenderaan setiap tahun di tapak itu menjelang tahun 2025.

    “Kami melihatnya sebagai hubungan sama untung antara Renault, Envision dan kerajaan Perancis,” kata Ketua Envision, Lei Zhang kepada AFP hari ini. – AFP

    Presiden Perancis Emmanuel Macron melihat enjin semasa lawatan ke tapak masa depan kilang bateri Jepun buatan kumpulan Envision A, di mana Renault SA membangun hab pengilangan kenderaan elektrik di Douai, utara Perancis, pada 28 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda