Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis syor tegah media sosial untuk kanak-kanak

    PARIS, 11 SEPT – Suruhanjaya parlimen Perancis yang ragu-ragu dengan kesan psikologi daripada TikTok, mengesyorkan supaya haramkan media sosial untuk kanak-kanak bawah 15 tahun dan menerima pakai ‘perintah berkurung digital’ untuk kanak-kanak berumur 15 hingga 18 tahun, menurut laporan hari ini.

    Larangan sedemikian akan “mengingatkan kepada kanak-kanak dan ibu bapa bahawa sebelum mencapai umur 15 tahun,” media sosial adalah ‘tidak berbahaya’, Laure Miller, ahli parlimen memberitahu AFP.

    Suruhanjaya itu dilancarkan pada Mac, selepas tujuh keluarga menyaman TikTok pada akhir 2024 kerana dedahkan anak mereka kepada kandungan yang boleh mendorong bunuh diri.

    Geraldine, 52, kehilangan anak perempuannya Penelope yang berusia 18 tahun selepas mangsa menonton video mencederakan diri sendiri di TikTok.

    TikTok pula selalu mengatakan bahawa memastikan keselamatan orang muda adalah ‘keutamaan utamanya’ apabila ia membuang lebih daripada 95 peratus kandungan yang tidak sesuai dalam masa 24 jam, dan 90 peratus walaupun belum ditonton.

    Sebagai tambahan kepada larangan, suruhanjaya itu mengesyorkan perintah berkurung digital untuk kanak-kanak berumur 15 hingga 18 tahun iaitu melarang akses media sosial antara jam 10 malam dan 8 pagi.

    Ia turut mengesyorkan untuk melarang media sosial untuk semua pengguna bawah umur 18 tahun jika, “rangkaian sosial tidak mematuhi kewajipan undang-undang mereka dengan memuaskan”, terutamanya di bawah Akta Perkhidmatan Digital EU, dalam tempoh tiga tahun.

    Selain itu, ia mengesyorkan kempen yang meluas mengenai risiko media sosial diikuti dengan undang-undang, ‘kesalahan kecuaian digital untuk ibu bapa yang tidak bertanggungjawab’.

    Menurut Miller, garis panduan Suruhanjaya Eropah baru-baru ini telah, “membuka jalan kepada peraturan negara” yang mengambil kira, “pelaksanaan sistem pengesahan umur semasa pendaftaran”.

    Walau bagaimanapun, langkah sedemikian dihalang oleh platform yang enggan, had teknikal dan kebimbangan mengenai menyekat kebebasan individu.

    Beberapa negara Eropah lain termasuk Perancis, Sepanyol dan Greece, telah meminta Brussels untuk mengawal selia penggunaan platform oleh kanak-kanak pada masa ketagihan, buli siber dan kecaman-kecaman yang semakin meningkat. – AFP 

    Perancis tegah kanak-kanak guna media sosial. – Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda