Sunday, June 23, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Perancis tawar €700 juta beli unit strategik Atos

    PARIS, 14 JUN – Kumpulan teknologi yang dibebani hutang, Atos, hari ini berkata kerajaan Perancis telah membuat tawaran sebanyak 700 juta euro untuk membeli beberapa unit strategik syarikat tersebut, termasuk keselamatan siber dan komputer super yang digunakan untuk pencegahan nuklear negara itu.

    Tawaran tersebut, yang dianggarkan berjumlah AS$750 juta, adalah berikutan kenyataan kerajaan Paris yang menyatakan ia tidak akan membenarkan aktiviti strategik syarikat Perancis itu diambil alih oleh pihak asing.

    Atos dalam satu kenyataan berkata, lembaga pengarah dan pengurusannya ‘akan membincangkan cadangan itu dengan kerajaan Perancis, sambil menyatakan bahawa tiada jaminan kedua-dua pihak akan berjaya dalam rundingan itu dan memasuki perjanjian muktamad’.

    Kerajaan Perancis kini berhasrat untuk memperoleh aktiviti kumpulan dalam pengkomputeran canggih, sistem kritikal misi dan keselamatan siber.

    Hal itu berlaku tiga hari selepas Atos memilih tawaran bantuan kewangan daripada pemegang saham utamanya, syarikat perunding IT milik Perancis, Onepoint, berbanding tawaran daripada jutawan Czech, Daniel Kretinsky.

    Atos, yang memegang kontrak dengan tentera Perancis dan merupakan rakan kongsi IT untuk Sukan Olimpik Paris, kini dibebani hampir lima bilion euro hutang. – AFP

    Gambar AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan...