Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis tingkat perbelanjaan ketenteraan

    PARIS, 5 APRIL – Kerajaan Perancis kelmarin meluluskan rancangan undang-undang bajet utama sebagai perbelanjaan ketenteraan terbesar negara itu dalam lebih 50 tahun, menekankan kesan perang Rusia di Ukraine.

    Rancangan undang-undang itu meramalkan 413 bilion euro (AS$450 bilion) dalam perbelanjaan ketenteraan atau tempoh meliputi 2024 hingga 2030 meningkat lebih satu pertiga berbanding tempoh sebelumnya.

    Menteri Pertahanan Perancis, Sebastien Lecornu berkata rang undang-undang politik, belanjawan, ketenteraan dan teknologi adalah setanding dengan dorongan besar pada tahun 1960an yang menyaksikan Perancis membangunkan senjata nuklear, menjadikan negara itu sebagai salah satu kuasa ketenteraan utama dunia.

    Diperjuangkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron, rancangan undang-undang itu terutamanya akan memo-denkan senjata nuklear Perancis, mening-katkan perbelanjaan perisikan sebanyak 60 peratus, menggandakan bilangan simpanan tentera, mengukuhkan pertahanan siber dan membangunkan lebih banyak senjata kawalan jauh.

    Ia juga akan meningkatkan kapasiti pengeluaran industri senjata untuk memberikan bantuan kepada Ukraine dan membekalkan tentera Perancis dengan secukupnya.

    Anggota tentera Perancis mengendalikan mortar semasa latihan bersama Perancis AS yang melibatkan pelancar roket HIMARS dan MLRP di kawasan tembak di Capu Midia, di pantai Laut Hitam, Romania, 9 Februari. – AP

    “Malangnya isu yang kami temui semula dalam peperangan di Ukraine adalah isu stok peluru. Kami memerlukan tempoh 10 tahun untuk mengemas kini semua infrastruktur dan peralatan tentera kami,” kata Lecornu.

    Lecornu juga menekankan keperluan teknologi dan peralatan anti-dron sebagai pusat kebimbangan kerajaan menjelang Sukan Olimpik Paris tahun depan dan acara utama lain.

    Dia memberi amaran terhadap ancaman pengganas tetapi juga potensi penyalahgunaan dron awam kecil.

    Rancangan undang-undang bajet akan dibahaskan di parlimen pada Mei-Jun dengan tujuan berkuat kuasa pada pertengahan Julai, kata Lecornu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda