Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perancis uji larangan telefon bimbit di sekolah mulai September

    ANKARA, 28 OGOS – Perancis akan menguji larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah sebaik sahaja sesi baharu persekolahan bermula pada September ini, lapor agensi Anadolu (AA).

    Menteri Pendidikan, Nicole Belloubet kelmarin berkata ‘jeda digital’ itu akan melibatkan 200 buah sekolah buat masa ini.

    Beliau menyatakan hasrat untuk melaksanakan larangan itu di semua sekolah di seluruh negara pada Januari 2025.

    “Namun, saya tekankan ini tidak bermakna saya menolak penggunaan pedagogi secara digital,” kata menteri itu sambil mengakui manfaat kecerdasan buatan sebagai alat pembelajaran.

    Beliau berkata tujuan larangan itu adalah untuk menghalang pelajar daripada menggunakan telefon mereka di kawasan sekolah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda