Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perang kereta elektrik

    FRANKFURT, Jerman – Sementara Tesla berdepan dengan masalah isu dalaman seperti penangguhan pengeluaran, pesaingnya dalam dunia automotif pula sedang bergerak secara agresif menuju ke penghasilan kenderaan elektrik mewah.

    Dalam beberapa hari ini nanti, pesaing dari Jerman, Mercedes-Benz dan Audi, Volkswagen, masing-masing akan menonjolkan kenderaan sukan utiliti (SUV) elektrik yang bersedia untuk dihasilkan bagi memberi saingan kepada Model X Tesla.

    Sementara Jaguar Land Rovers menawarkan SUV elektrik I-Pace, manakala Porsche tidak ketinggalan dengan memberi saingan terhadap jentera mewah berkuasa tinggi Model S keluaran Tesla dengan menghasilkan Taycan yang dijangka akan berada di pasaran pada akhir 2019.

    Para pengeluar kereta ternama mempunyai motif tersendiri. Mereka memerlukan kenderaan yang mengeluarkan sifar asap bagi mencapai batasan gas rumah hijau yang dikuatkuasakan di Eropah pada 2021.

    Diesel kini berdepan masalah dan China, pasaran terbesar, sedang berusaha untuk lebih banyak kenderaan elektrik.

    Porsche Taycan, sebuah kenderaan elektrik mewah yang dijangka dipasarkan pada akhir 2019. – AP
    Tesla Model X diperagakan pada pameran Tesla di Littleton. – AP

    Tetapi model baharu itu mempunyai sasaran untuk memikat semula pelanggan-pelanggan kereta mewah yang kecewa dengan kenderaan elektrik Tesla selepas syarikat itu berdepan pelbagai masalah.

    CEO Tesla, Elon Musk menerusi akaun Twitternya pada 7 Ogos lalu mengumumkan bahawa beliau akan menswastakan syarikatya, 17 hari selepas beliau berkata Tesla akan kekal terbuka.

    Pengeluar kereta elektrik itu berdepan tekanan kewangan dan hanya baru-baru ini mencapai sasaran penghasilan untuk pasaran Model 3.

    Cabaran baharu yang dihadapi oleh Tesla adalah dari segi jarak. Utiliti sukan EQC dari jenama mewah Mercedes, yang boleh mencapai 500km (300 batu) dalam hanya sekali cas, berbanding dengan SUV Tesla, Model X yang mencapai 295 batu.

    EQC, yang akan didedahkan pada 4 September nanti, merupakan yang pertama dalam sub jenama Mercedes EQ yang merangkumi usaha syarikat dalam pemanduan elektrik, kesalinghubungan dan autonomi.

    Pengamal media berpeluang melihat lebih dekat Jaguar I-Pace elektrik semasa pameran auto di China. – AP
    Model X semasa dicas di salah sebuah stesen pengecas di Littleton. – AP

    Sementara itu, Audi akan menampilkan e-tron di San Francisco pada 17 September. Kenderaan itu boleh mencapai 400km (248 batu) dalam sekali cas. Menurut syarikat itu, e-tron mampu menggunakan kemudahan pengecas berkelajuan tinggi, jika disediakan, dan boleh dicas kurang daripada 30 minit.

    Porsche Taycan akan menjadi cabaran utama bagi Model S Tesla apabila dilihat dari segi jarak. Porsche memberitahu bahawa ia mampu memberi kuasa yang mencukupi untuk 400km (248 batu) dalam tempoh 15 atau 20 minit.

    China kini berusaha keras untuk lebih banyak kenderaan elektrik mematuhi peraturan, memerlukan pengeluar kereta untuk memastikan 10 peratus daripada penghasilan mereka adalah elektrik pada 2019. Peraturan telah meletakkan had untuk jenama asing kira-kira empat peratus dalam pasaran dengan Tesla memiliki separuh daripadanya.

    Walau bagaimanapun, rangkaian Supercharger Tesla memiliki kelebihan besar berbanding pesaingnya. Berdasarkan laman sesawang syarikat itu, mereka memiliki 1,332 stesen pengecas yang cap dengan 10,901 unit pengecas seluruh dunia.

    Kenderaan elektrik yang dihasilkan oleh para pengeluar kereta yang lain tidak boleh menggunakan stesen Tesla, dan stesen pengecas awam dan peribadi jarang ada.

    Pengeluar kereta Eropah kini berusaha untuk menghasilkan rangkaian pengecas cepat lebuh raya menerusi usaha sama tetapi hanya beberapa stesen sahaja yang ada dan mampu beroperasi. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda