MILAN, 12 Jan – Bekas pengurus England, Fabio Capello menyifatkan perang mulut antara Jose Mourinho dan Antonio Conte sebagai ‘tidak masuk akal’ kerana membiarkan pertengkaran itu diluar kawalan.
Pengurus Chelsea Conte dan bos Manchester United Mourinho terlibat dengan siri perang mulut yang kian panas menjelang pertembungan bulan depan di Old Trafford.
Tetapi Capello percaya kedua-dua pengurus itu hilang kawalan dan rakan senegaranya Conte mungkin terlalu memperkecilkan kebolehan pengurus dari Portugal itu apabila berdepan dengan media.
“Saya rasa Conte tidak sedar siapa yang dihadapinya,” Capello memberitahu Sky Sport Italia.
“Jersi Chelsea yang membuatkan para pengurus gemuruh. Ingat bagaimana Mourinho menghadapi semasa menjadi pengurus Chelsea? Conte melakukan apa yang Mourinho lakukan dulu.
“Kami semua terkenang bagaimana Mourinho berlutut di tengah padang, berlari tidak tentu arah selepas pasukannya menang.” – AFP