Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perang perdagangan tindakan kurang bijak

    TOKYO, 30 Mei – Perang perdagangan adalah satu tindakan kurang bijak yang bukan setakat tidak mempunyai sebarang matlamat, tetapi turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara-negara lain termasuk Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Malah, Perdana Menteri turut menyifatkan sebarang bentuk hubungan perdagangan tidak sewajarnya dijadikan satu konfrontasi.

    “(Jika diberi pilihan) kita sendiri tidak mahukan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China sekiranya perkara terbabit dapat dikendalikan oleh mereka yang lebih rasional.

    Malangnya, pada masa ini kita terpaksa akur bahawa perang perdagangan itu sedang berlaku dan ia menjejaskan kita.

    “Kita mahukan China menjadi sebuah negara yang cukup kaya bagi membolehkan kewujudannya sebagai satu pasaran yang hebat untuk kita serta negara-negara lain,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kelab Koresponden Asing Jepun di Tokyo, hari ini.

    Perdana Menteri kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda