Monday, December 30, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perang perniagaan cetus cabaran politik untuk Xi

    BEIJING, 9 Mei – Perang tarif di antara Washington dan Beijing menimbulkan salah satu cabaran terbesar untuk Presiden China Xi Jinping, berpotensi mendedahkan kelemahan politiknya pada masa apabila ekonomi telah meleset.

    Usaha Amerika Syarikat (AS) untuk memenangi konsesi daripada China mengenai dasar industri strategik telah menjejas status Xi sendiri. Ia juga telah menimbulkan persoalan tentang kontrak sosial parti pemerintah Komunis dengan rakyat China: mengekalkan pemerintahan autoritarian, satu parti dan keistimewaan kelas pemerintah sebagai tukaran kepada pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, taraf hidup yang lebih baik dan profil global yang lebih tinggi untuk China.

    Pegawai China dan AS dijangka meneruskan rundingan di Washington hari ini berhubung perbalahan mengenai cita-cita teknologi Beijing dalam mesyuarat yang disurami oleh ugutan Presiden Donald Trump untuk menambah tarif seawalnya pada Jumaat. – AP

    Gambar fail bertarikh 27 April 2019 ini menunjukkan Presiden China Xi Jinping melambai ketika beliau tiba untuk menghadiri persidangan akhbar pada acara penutup Forum Jalur dan Laluan di Tasek Yanqi di pinggir bandar Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda