Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Perang’ pintu gerbang meriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Tawau

    TAWAU, 17 APRIL – Seperti tahun lepas, kemeriahan sambutan Aidilfitri sekitar sini dimeriahkan lagi dengan ‘perang’ pintu gerbang, yakni pertandingan yang mengetengahkan kreativiti penduduk tempatan, bekerjasama bagi menceriakan kawasan kampung masing-masing dengan binaan ‘pintu gerbang nan indah’, sekali gus memperlihatkan kesatuan penduduk.

    Bagi komuniti yang menampilkan pintu gerbang paling hebat, penganjur Pertandingan Pintu Gerbang Raya 2023 menawarkan hadiah berupa wang tunai RM10,000 untuk johan, RM8,000 bagi naib johan dan RM7,000 kepada pemenang tempat ketiga.

    Jurucakap penganjur, Asmah Kadir berkata objektif pertandingan adalah untuk menceriakan Tawau bagi menyambut kedatangan Syawal di samping dapat mengeratkan silaturahim masyarakat setempat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda