Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perang senjata berakhir

    SRINAGAR, India, 12 Feb – Pasukan kerajaan telah menamatkan pertempuran selama dua hari dengan militan bersenjata di dalam kem tentera di Kashmir yang dikuasai oleh India selepas membunuh tiga lelaki bersenjata, kata polis kelmarin.

    S.P. Vaid, pegawai polis tertinggi di rantau itu, berkata tiga militan terbunuh menjelang malam kelmarin.

    Lima orang tentera dan seorang warga awam terbunuh dalam serangan yang berpanjangan dan 11 lagi lainnya tercedera ketika kumpulan militan menyerang di kediaman perkhemahan dan mencetuskan kekacauan bersama tentera kerajaan. Pertempuran itu bermula pada pagi Sabtu lalu ketika militan menyerbu pangkalan tentera Sunjuwan di pinggir kota Jammu.

    Wilayah Himalaya Kashmir dibahagikan antara India dan Pakistan. Kedua-duanya menuntut wilayah rantau ini secara keseluruhannya.

    Sentimen anti-India semakin memuncak di kalangan penduduk Islam yang kebanyakannya berada di Kashmir. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda