Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Perangai pemandu uji kesabaran

    Musim puasa seharusnya menjadi waktu untuk kita semua meningkatkan kesabaran, mengawal nafsu dan lebih berdisiplin dalam segala hal.
     
    Namun, di jalan raya, saya perhatikan bahawa perangai beberapa pemandu semakin menguji kesabaran, terutamanya ketika waktu berbuka semakin dekat.
     
    Antara perangai yang sering saya lihat ialah pemandu yang memandu secara tergesa-gesa, berkelakuan agresif dan menggunakan telefon bimbit.
     
    Petang kelmarin sewaktu dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, saya ada mendapati di kawasan Kilanas ada seorang pemandu yang memandu dengan kelajuan yang sangat tinggi, menukar lorong tanpa memberi isyarat dan melanggar lampu isyarat. 
     
    Tindakan sebegini bukan sahaja membahayakan mereka, tetapi juga pengguna jalan raya lain yang berada di sekitar mereka.
     
    Dalam perjalanan yang sama juga saya mendapati pemandu-pemandu lain yang keluar simpang di saat-saat akhir, menggunakan telefon ketika memandu dan meletakkan kereta di tempat yang tidak sesuai hingga mengakibatkan kesesakan.
     
    Hal ini sangat menduga iman kita, lebih-lebih lagi apabila kita cuba menghayati semangat Ramadan yang penuh dengan ketenangan dan kedamaian.
     
    Saya berharap agar para pemandu dapat lebih berhati-hati dan bertimbang rasa, terutamanya di bulan yang mulia ini.
     
    Kesabaran di jalan raya adalah sebahagian daripada amalan yang kita boleh lakukan untuk memperbaiki diri dan menghargai orang lain.  
     
    Awang Hangry
     
    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Kes brek kayu ‘Brembo’ cetus siasatan polis

    LUDWIGSBURG, 11 NOV – Seorang lelaki di Jerman terkejut...

    Mini konvokesyen rai pelajar STJ PGGMB

    Oleh Sim Y. H. KUALA BELAIT, 9 NOV - Sebagai...

    30 MPV polis ke sekolah, tangani masalah disiplin

    JITRA, 27 OKT - Polis Kedah mengambil inisiatif menggerakkan Unit...

    Acara kecergasan Jabatan Penjara labuh tirai

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...