Saturday, December 10, 2022
22 C
Brunei

-

Peranti Halo Rise jejak pola tidur

NEW YORK, 29 SEPT – Tidak lama lagi, satu peranti Amazon sisi katil mampu mengesan sama ada awda sedang tidur atau tidak.

Syarikat e-dagang dan teknologi itu berkata semalam ia akan mula menjual peranti pada akhir tahun ini yang boleh menjejak pola tidur tanpa jalur pergelangan tangan.

Peranti itu, digelar Halo Rise, akan menggunakan sensor tanpa kontak dan kecerdasan buatan untuk mengukur pola pergerakan dan pernafasan pengguna, sekali gus membenarkan peranti itu menjejak tahap tidur pada waktu malam, kata syarikat yang berpangkalan di Seattle itu. Amazon berkata peranti itu ‘tidak termasuk kamera atau mikrofon.’

Halo Rise akan menjadi peranti terbaharu dalam barisan produk Halo Amazon, yang termasuk penjejak kesihatan yang boleh mengesan aktiviti fizikal dan pola tidur.

Amazon berkata peranti itu boleh menghubungkannya dengan peranti maya, Alexa, dan membenarkan pengguna bangun mendengar lagu kegemaran mereka, dan cahaya yang ‘mensimulasi warna dan pencahayaan mata hari terbit.’

Peranti baharu itu menekankan usaha syarikat untuk menyepadukan teknologinya dalam kehidupan harian pengguna, dan memperluas kecapaiannya dalam bidang kesejahteraan.

Amazon, yang berdepan isu berhubung pengendaliannya dalam data pengguna, menawarkan jaminan semalam bahawa maklumat dalam peranti Halo Rise akan disimpan dengan selamat.

“Data kesihatan Halo tidak digunakan untuk tujuan pemasaran, cadangan produk atau periklanan dan tidak akan dijual,” kata syarikat. – AP

Gambar serahan Amazon menunjukkan peranti pintar Halo Rise. Syarikat itu berkata kelmarin ia akan menjual peranti itu pada akhir tahun ini. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China terima pesawat domestik pertama

BEIJING, 9 DIS – Sebuah syarikat penerbangan China hari ini menjadi pelanggan pertama yang menerima tempahan pesawat udara jarak jauh yang dikeluarkan oleh pengeluar...

Tindakan China dialu-alukan

- Advertisment -