KUALA LUMPUR – Bayangkan betapa terkejutnya seorang ibu apabila pintu rumah diketuk penghantar barang bersama-sama bungkusan yang langsung tidak pernah dipesan atau lebih mengharukan saat seorang ayah termenung melihat bil kad kredit yang tiba-tiba melambung tinggi. Semuanya gara-gara ‘satu sentuhan kecil’ di skrin telefon oleh anaknya yang menekan butang purchase atau upgrade ketika bermain peranti

