Wednesday, September 18, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peranti tiru sentuhan manusia bolehkan ‘bersalaman secara maya’

    LONDON, 12 SEPT – Para saintis dari University College London (UCL) membangunkan peranti hujung jari yang boleh meniru sentuhan manusia, dan suatu hari nanti mungkin membolehkan orang yang tinggal berjauhan untuk ‘bersentuhan secara maya’, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Alat yang dikenali sebagai BAMH (innovative bioinspired haptic system) itu berfungsi dengan merangsang sel saraf yang bertindak balas terhadap sentuhan menggunakan getaran, memberikan sensasi yang hampir sama seperti sentuhan sebenar.

    Teknologi itu juga dijangka boleh membantu dalam bidang perubatan, terutamanya untuk pesakit yang kehilangan deria sentuhan akibat penyakit seperti metacarpal tunnel syndrome atau diabetes. Ahli robotik UCL, Dr Sara Abad berkata bahawa kulit memberi banyak maklumat tentang objek yang disentuh, seperti tekstur dan getaran serta teknologi ini boleh menambah elemen sentuhan dalam interaksi sosial secara maya, seperti bersalaman menerusi panggilan video.

    Alat ini juga berpotensi digunakan dalam pembedahan robotik, dengan doktor boleh menilai jenis tisu yang dihadapi, untuk menentukan sama ada ia adalah kanser.

    Selain bidang penjagaan kesihatan, mereka berkata versi yang lebih maju daripada alat ini, termasuk sarung tangan yang boleh memberikan ‘sensasi penuh di tangan’, boleh membantu dalam menguruskan sisa nuklear, ketika robot besar sering digunakan untuk beroperasi di kawasan berbahaya.

    “Jika awda perlu membuka bahan radioaktif, rasa sentuhan yang realistik mungkin penting untuk mengasingkan komponen yang berbeza,” kata Prof Wurdemann. – Bernama

    Gambar British Science
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda