Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    PerantisSiswa: 60 peratus permohonan fasa 1 lulus tapisan awal

    KOTA KINABALU, 11 SEPT – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata sebanyak 60 peratus daripada hampir 100,000 permohonan untuk Fasa 1 PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah diluluskan menerusi tapisan awal dan pemohon akan memperoleh peranti masing-masing, bulan ini.

    Beliau berkata pihaknya kini sedang berusaha untuk menyelesaikan pengagihan perantiSiswa Fasa 1 sebelum memulakan pengagihan Fasa 2 pada Oktober dan dijangka selesai pada November depan.

    “Hampir 400,000 unit peranti itu kita ada (untuk diagihkan) tahun ini, kalau (memerlukan) jumlah lebih itu kerajaan perlu buat ketetapan lain dengan peruntukan tambahan dan perolehan, jadi itu kita kira kemudian, kita selesaikan yang ini dulu.

    “Fasa 1 dan 2 ini kita mahu selesaikan dalam 90 hari,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas program pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada 493 pelajar Politeknik Kota Kinabalu di Sepanggar di sini, hari ini. – Bernama

    Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa beramah mesra bersama penuntut Politeknik Kota Kinabalu selepas majlis sesi pengagihan peranti siswa Keluarga Malaysia di politeknik itu, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...