Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perarakan kapal berhias warnai sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka

    KUCHING, 30 JULAI – Sungai Sarawak kembali dimeriahkan dengan limpahan cahaya neon berwarna-warni malam tadi, setelah sedekad acara perarakan kapal berhias tidak diadakan sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

    Sebanyak 20 kapal berhias dari pelbagai kementerian, agensi dan syarikat swasta menyertai perarakan yang berlangsung di sekitar Sungai Sarawak antaranya Tebingan Kuching, Pengkalan Sapi, jeti dan tebingan Kampung Boyan.

    Seorang pengunjung Junaidah Mohd Nor, 54, dari Selangor, tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perarakan kapal berhias yang kali pertama disaksikannya setelah enam tahun menetap di Sarawak.

    “Saya tinggal dan bekerja di Sarawak sudah enam tahun, jadi saya tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat acara yang 10 tahun tidak diadakan ini,” katanya yang datang bersama suami dan anak-anak.

    Sambutan bertemakan ‘Sarawak Maju Makmur 2030’ itu menarik kira-kira 10,000 pengunjung yang membanjiri kawasan sepanjang Tebingan Kuching bagi merakam detik indah acara kapal berhias dengan berlatarbelakangkan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

    Pengunjung dari Pontianak, Indonesia, Benozi Tamrin, 25, tidak menyangka percutian empat hari bersama 13 ahli keluarga ke bandar raya ini lebih bermakna apabila berkesempatan menonton perarakan gemilang itu. – Bernana

    Perahu tambang dihiasi lampu neon berwarna-warni melintasi Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika acara Perarakan Kapal Berhias sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Tebingan Sungai Kuching malam tadi. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda