Beratus-ratus kereta vintaj di seluruh negara Baltik baru-baru ini telah berarak di ibu kota Estonia bagi meraikan ulang tahun ke-30 perhimpunan lebih daripada sejuta penduduk yang cuba menuntut kemerdekaan dari Kesatuan Soviet pada satu ketika dahulu.
Dihiasi dengan bendera kebangsaan, Lithuania, Latvia dan Estonia, dianggarkan sekitar 200 buah kereta vintaj telah memulakan perjalanan mereka dari kawasan dataran di Vilnius, ibu kota Lithuania sehingga mendapat sorokan hebat daripada orang ramai. Persembahan konsert turut diadakan di sepanjang ulang tahun tersebut sehinggalah kereta vintaj itu tiba di ibu kota Estonia, Tallinn.
Perhimpunan terbesar yang dianggarkan sekitar 675 kilometer itu di mana turut dikenali sebagai Jalan Baltik, meng-hubungkan Vilnius, Riga dan Tallinn serta dibina pada 23 Ogos 1989 bagi menandakan ulang tahun ke-50 pakatan Nazi-Soviet yang terkenal di Timur Eropah dan membawa kepada penaklukan Baltik oleh Kesatuan Soviet.
Persembahan kereta vintaj ini turut mewakili kedua-dua era, iaitu dari Mercedes-Benz dan Lincolns pada tahun 1930an kepada Volga dan Ladas di era Soviet pada tahun 1980an.
Dikenali sebagai satu demonstrasi terbesar di Kesatuan Soviet, laluan Baltik ini dianggap sebagai ‘pengubah hidup’ bagi sejumlah besar enam juta penduduk yang tinggal di tiga buah negara, kata salah seorang peserta perarakan kereta vintaj, Raimundas Skridulas.
Kehidupan penduduk lebih baik
“Kami telah berada di Jalan Baltik berhampiran Panevezys di Utara Lithuania. Ini bermakna kehidupan penduduk berubah menjadi lebih baik,” kata lelaki yang berusia 60 tahun itu kepada AFP yang memandu Mercedes 1972. Enam bulan selepas protes itu, Lithuania menjadi republik Soviet pertama yang mengisytiharkan kemerdekaan. Ketiga-tiga buah negara itu telah berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa pada tahun 1991 sebelum menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada tahun 2004.
Pihak penganjur, Egidijus Einoris berkata bahawa aktiviti ini merupakan gabungan pertama khususnya bagi peminat kereta vintaj dari ketiga-tiga buah negara. “Kesemua penduduk Baltik telah bersatu selepas 30 tahun yang lalu dan kami dapat mengulanginya sekali lagi,” katanya kepada AFP.
“Sukar untuk digambarkan perasaan kami pada tahun itu. Ia menjadi satu kebanggaan negara yang sangat besar.” – AFP

