BANGKOK, 5 Mei – Rakyat Thailand yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan hari penuh bersejarah telah memenuhi jalan-jalan raya di sekitar istana raja hari ini, menunggu di bawah panas terik matahari bagi menyaksikan Raja Rama X yang baharu ditabalkan diarak di sekitar bandar bersejarah Bangkok dengan menaiki usungan emas.
Penduduk yang hadir memakai baju kuning – warna lambang diraja – dan memakai topi dan payung untuk berlindung daripada panas matahari yang mencecah 36 darjah Celsius, beratur di pos pemeriksaan keselamatan sambil membawa potret diraja.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)