Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Peraturan pemakaian pelitup muka luar bangunan dibatalkan

    MANILA, 7 SEPT – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr telah meluluskan cadangan untuk menamatkan pemakaian pelitup muka mandatori di luar bangunan di seluruh negara selepas lebih dua tahun ia dilaksanakan semasa kemuncak pandemik koronavirus, menurut pegawai kanan hari ini.

    Filipina dan Myanmar merupakan dua buah negara terakhir di Asia Tenggara untuk melonggarkan peraturan pemakaian pelitup muka di luar bangunan, menurut Setiausaha Dalaman, Benhur Abalos.

    Kajian yang diadapati dari luar negara menunjukkan melonggarkan peraturan pemakaian pelitup muka tidak menyebabkan peningkatan kes jangkitan di mana orang ramai terus mengambil langkah berjaga-jaga, katanya.

    Dia menyeru kepada orang ramai untuk terus mengawal jarak dan mencuci tangan, dan menggesa warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit agar terus memakai pelitup muka ketika di luar bangunan.

    Pegawai kanan kesihatan, Rosario Vergeire berkata badan kerajaan yang mengawal pandemik akan menilai sama ada keperluan memakai pelitup muka di luar bangunan boleh dilonggarkan menjelang penghujung tahun di tempat-tempat awam, yang boleh dipertimbangkan dengan jumlah penduduk menerima suntikan penggalak semakin meningkat.

    Langkah itu dibuat selepas datuk bandar, Michael Rama dari bandar Cebu mengisytiharkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan secara sukarela dalam tempoh percubaan yang berakhir pada hujung tahun ini.

    Filipina antara negara yang paling teruk terjejas di Asia Tenggara, dan telah mengenakan salah satu perintah berkurung paling lama di dunia, yang mengakibatkan ekonomi terjejas dan memburukkan keadaan kemiskinan, kebuluran dan pengangguran.- AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...