Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peraturan perkukuh Akta Syarikat-syarikat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Kementerian Kewangan dan Ekonomi memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Companies Act (Amendment) Order, 2018 dan Companies (Striking Off) Rules 2018 yang dihasratkan untuk mengukuhkan lagi rangka perundangan Akta Syarikat-syarikat (Penggal 39) di negara ini untuk berkuat kuasa mulai 13 September 2018.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Companies Act (Amendment) Order, 2018 diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi Akta Syarikat-syarikat khususnya dengan mewujudkan peruntukan-peruntukan serta peraturan mengenai Companies (Striking Off) Rules, 2018 berhubung dengan pemotongan daftar nama syarikat ke arah memastikan sistem penguatkuasaan syarikat-syarikat lebih berkesan di samping mengukuhkan lagi dasar akta tersebut berhubung dengan pemotongan pendaftaran nama syarikat.

    Maklumat lanjut mengenai dengan rang pindaan serta aturan tersebut boleh didapati di laman sesawang www.mof.gov.bn. Salinan perintah ini boleh dibeli di Jabatan Percetakan Kerajaan atau pun dengan memuat turun daripada Iaman sesawang Pejabat Peguam Negara di alamat www.agc.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda