WARSAW, 13 APRIL – Rakyat Poland membanjiri ibu negara kelmarin, dalam satu perhimpunan patriotik besar-besaran sempena memperingati 1,000 tahun pertabalan raja pertama negara itu.
Mereka menari tarian Polonaise dengan kostum tradisional, menyanyikan lagu kebangsaan, menyuarakan kepercayaan agama mereka dan melaungkan slogan menyokong calon konservatif yang bertanding dalam pilihan raya presiden bulan hadapan.
Perarakan yang disertai ribuan peserta ini disokong oleh parti rakyat konservatif Law and Justice (PiS), yang mentadbir Poland selama lapan tahun sehingga 2023, sebelum Perdana Menteri berhaluan tengah dan pro-Eropah, Donald Tusk, mengambil alih.
Pihak Law and Justice kini berusaha untuk mengembalikan kuasa dalam pilihan raya umum akan datang dan dalam masa terdekat, sedang giat mengadakan kempen bagi memastikan sekutu mereka menang jawatan presiden. Satu jawatan penting yang berperanan sebagai ketua angkatan tentera, mempunyai pengaruh dalam dasar luar dan juga kuasa veto ke atas undang-undang.
Ketua parti Law and Justice, Jarosław Kaczyński, menyeru ‘semua patriot’ untuk menyertai perarakan yang berakhir dengan perhimpunan besar di hadapan Istana Diraja.Istana tersebut telah dibina semula selepas dimusnahkan tentera Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua, merupakan lambang ketahanan dan sejarah negara.
Sebagai seorang ahli sejarah, Nawrocki berkata Poland kini perlu memelihara “warisan, keindahan dan mahkota yang telah diberikan kepada kita.” Perarakan ini turut diadakan sebagai usaha untuk meningkatkan kemenangan buat Nawrocki. – AP
