Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Perbadanan Labuan anjur sesi temu pelanggan secara bersepadu

    LABUAN, 24 JULAI – Perbadanan Labuan (LC) akan buat pertama kalinya menganjurkan sesi bertemu pelanggan secara bersepadu melibatkan penyertaan dan kerjasama kesemua agensi kerajaan di pulau bebas cukai itu, pada 29 dan 30 Julai, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Rithuan Ismail.

    Beliau berkata program yang akan berlangsung di Kompleks Financial Park di sini itu, bertujuan untuk mempertingkatkan lagi interaksi antara rakyat dan kerajaan, dalam menangani masalah dan isu dibangkitkan masyarakat dengan lebih berkesan.

    “Rakyat disediakan platform untuk menyatakan pendapat mereka, menyelesaikan masalah dibangkitkan dan mengemukakan cadangan terbaik untuk memperbaiki tadbir urus. Sebelum ini program seumpamanya diadakan secara berasingan oleh agensi tertentu dan hasil penyelesaiannya sering kali terhad,” katanya Bernama.

    Rithuan berkata sepanjang program berkenaan, para hadirin akan dapat berdailog tercara terbuka dengan pegawai daripada pelbagai jabatan, menangani pelbagai topik berkaitan pihak berkuasa tempatan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan, keselamatan dan lain-lain. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...