Friday, February 7, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbadanan Labuan laksana program pengindahan, tebang pokok tua

    LABUAN, 1 OGOS – Perbadanan Labuan (LC) mengambil langkah untuk mengimbangi keselamatan dan kesejahteraan penduduk pulau bebas cukai itu dengan melaksanakan program pengindahan secara berterusan.

    Sebagai sebahagian daripada komitmen untuk mewujudkan persekitaran yang menyenangkan, LC telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menambah baik landskap di samping memastikan keselamatan penduduk sentiasa menjadi keutamaan.

    Ketua Pegawai Eksekutif LC Rithuan Ismail berkata satu daripada inisiatif itu ialah menebang pokok tua dan reput di pusat bandar dan di sepanjang jalan utama seperti Jalan Tenaga, Jalan Kilan, Jalan Ujung Pasir, Jalan Tun Mustapha, Jalan Susur ke Taman Damai, Jalan Ganggarak, Jalan Batu Manikar dan Jalan Pohon Batu.

    Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti 576 pokok pelbagai spesies berusia antara 10 hingga 30 tahun di lapan jalan utama serta dua kawasan yang berisiko kepada orang
    awam.

    “Berdasarkan data kami, sejumlah 192 kes pokok tumbang sama ada tercabut atau reput dilaporkan sejak 2022 hingga Julai 2023, dengan 80 peratus daripadanya disebabkan oleh angin kencang manakala bakinya akibat faktor penuaan,” katanya pada sidang media di Wisma Perbadanan Labuan hari ini. – Bernama

    Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail semasa sidang media di Wisma Perbadanan Labuan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda