BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITHSB), Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) dan Stesen Minyak TAIB Sdn Bhd telah meraikan Sambutan Ilal Hijrah 1445 dengan sesi ceramah yang diselajurkan dengan majlis meraikan kepulangan jemaah dan pegawai-pegawai haji dalam kalangan warga kerja Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya.
Majlis yang diadakan di Dewan London, Airport Mall di Berakas itu telah dihadiri oleh tetamu kehormat, Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Dr Norfarizal bin Othman.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Pengarah Urusan IITHSB, Dayang Zamzaipa binti Haji Ismail; Pengarah Urusan DHSB, Haji Mahmud bin Haji Mohamed serta pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya.
Majlis dimulakan dengan ceramah keagamaan bertajuk Semarak Hijrah Mencapai Kecemerlangan Yang Mampan yang disampaikan oleh penceramah undangan, Pegawai Pelajaran, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Muhammad Hanafi bin Haji Zaini.


