Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbadanan TAIB bantu keluarga kurang berkemampuan

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Dalam berkongsi kegembiraan di bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) bersama anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITHSB) dan Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) menghulurkan sumbangan kepada keluarga kurang berkemampuan melalui program amal, CSR Barakah Bainal Anam dari 14 hingga 21 Mac lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Perbadanan TAIB, di sini, dalam program berkenaan, sebanyak 33 buah keluarga kurang berkemampuan telah menerima sumbangan berupa barang keperluan harian dan produk kebersihan untuk bagi membantu meringankan beban mereka sepanjang bulan suci Ramadan dan Syawal.

    Para penerima terdiri daripada anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan individu berkeperluan khas yang disenaraikan di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) serta bantuan daripada ketua kampung.

    Bantuan berkenaan juga dihulurkan kepada bekas kakitangan Perbadanan TAIB.

    Inisiatif berkenaan telah dilaksanakan di keempat-empat daerah dengan penyampaian sumbangan kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan di Daerah Brunei dan Muara diketuai oleh Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim.

    Datin Hajah Hasnah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. – GAMBAR SERAHAN PERBADANAN TAIB
    Kakitangan Perbadanan TAIB menghantar sumbangan ke kediaman salah seorang penerima di Daerah Temburong. – GAMBAR SERAHAN PERBADANAN TAIB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda