Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbadanan TAIB gambarkan komitmen jayakan HK39

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Dengan memakai pakaian korporat yang
    ditempah khas, kontinjen Kumpulan Syarikat Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) dengan bangga berarak pada perarakan Hari Kebangsaan ke-39 (HK39) di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, kelmarin.

    Penganjuran tahun ini, yang dikecilkan berbanding tahun-tahun sebelumnya, mengehadkan penyertaan setiap kontinjen kepada 25 individu, selaras dengan protokol dan garis panduan perhimpunan sosial Kemeterian Kesihatan.

    Namun jumlah yang lebih kecil itu tidak melunturkan semangat patriotisme kontinjen yang terdiri daripada warga anak-anak syarikat Perbadanan TAIB, iaitu Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd dan Darussalam Holdings Sdn Bhd.

    Turut terlibat ialah sukarelawan Kumpulan Syarikat Perbadanan TAIB yang mengagihkan 1,000 botol air kepada orang ramai di sekitar ibu negara.

    Aktiviti tersebut dijalankan sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat dan menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan.

    Penglibatan syarikat berkenaan pada sambutan Hari Kebangsaan kali ini, turut menggambarkan komitmen mereka untuk bersama-sama menjayakan acara tersebut.

    Sukarelawan Perbadanan TAIB mengagihkan air botol kepada peserta sambutan Hari Kebangsaan ke-39. – Gambar serahan Perbadanan TAIB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda