Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Rezeki tidak pernah salah alamat, begitulah suasana detik-detik pengumuman lima orang peserta bertuah cabutan suku tahunan menerusi kempen TAIB’s 12 Month Financing Promotion dengan menumpukan produk pembiayaan Perbadanan TAIB bagi tahun ini.
Para pemenang membawa pulang wang tunai $1,000 sebagai sebahagian daripada cabutan bulanan ketiga kempen.
Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim.
Lima pemenang bertuah ialah Dayang Rosatika binti Jambul, Awang Mohammad Roni bin Haji Jumat, Awang Muhd Samira Razin bin Abdullah Samat, Awang Hamale Zadafi bin Haji Alit dan Awang Mohammad Elmie bin Japarudin.
Mereka merupakan pelanggan yang memohon produk pembiayaan Perbadanan TAIB yang diluluskan, dengan jumlah minimum $20,000 dan tempoh pembiayaan minimum enam tahun. Hadiah kemenangan dikreditkan ke dalam akaun simpanan pemenang.
Promosi itu berlangsung selama 12 bulan bermula 1 Mac sehingga akhir Februari 2023 di mana lima pemenang bertuah akan diumumkan setiap suku tahun dan penyampaian hadiah utama akan berlangsung pada bulan terakhir kempen. Pemenang suku tahunan juga akan layak untuk cabutan utama kelak.
