Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbadanan TAIB rai ulang tahun ke-34

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Sempena ulang tahun penubuhan ke-34 tahun, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Anak-anak Syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd, Darussalam Holdings Sdn Bhd serta TAIB Filling Station Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat di Masjid Kampung Belimbing Subok, petang tadi.

    Hadir selaku tetamu khas, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Penasihat Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB; serta Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, selaku Penasihat Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB.

    Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Muhammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, selaku Timbalan Pengerusi Perbadanan TAIB; Penolong Mufti (Ifta), Dato Seri Setia Dr Haji Dennie bin Haji Abdullah, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah Perbadanan TAIB; Ahli-ahli lembaga pengarah dan Jawatankuasa Penasihat Syariah; Penghulu Mukim Kota Batu, Rasli bin Taram; Ketua Kampung Subok merangkap Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh, Yang Berhormat Lawi bin Haji Lamat serta pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB dan Anak-anak Syarikat.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah dan sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Belimbing Subok, Pengiran Mohammad Akbar @ Pengiran Mohammad Idrus bin Pengiran Haji Mohd Sabri.

    Seterusnya, bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Pegawai Eksekutif, Jabatan Syariah Perbadanan TAIB, Haji Muhammad Fakhri bin Haji Hassan.

    Sambutan ulang tahun Perbadanan TAIB diadakan setiap tahun bagi memperingati pelancaran rasminya pada 29 September 1991 yang telah disempurnakan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Sejak penubuhannya, Perbadanan TAIB kekal menjadi peneraju dalam industri kewangan Islam di Negara Brunei Darussalam sebagai institusi kewangan pertama yang menawarkan produk dan perkhidmatan berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew hadir pada majlis yang diadakan di Masjid Kampung Belimbing Subok. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda