Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbadanan TAIB sambut Israk dan Mikraj

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) dan anak-anak syarikatnya memperingati Sambutan Israk dan Mikraj dengan mengadakan ceramah khas di Dewan Dubai, Airport Mall, Berakas.

    Hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITH) dan Pemangku Pengarah Urusan Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) serta pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB, IITH, DHSB dan TAIB Filling Station Sdn Bhd.

    Ceramah khas bertajuk ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Sembahyang Meraih Reda Allah’ yang juga tema sambutan bagi tahun ini telah disampaikan oleh penceramah bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Hajah Zaliha binti Haji Ibrahim.

    Ceramah menyentuh mengenai kepentingan menyambut bulan Syaaban dan kepentingan peristiwa Israk dan Mikraj.

    Umat Islam menggunakan masa itu untuk mengingati perjalanan Nabi Muhammad SAW yang menerima mukjizat mengenai nilai solat dan hubungan antara semua nabi dan bagaimana kesabaran setiap umatnya di tengah-tengah kesusahan.

    Ceramah juga menekankan kepentingan etika kerja, menanamkan rasa muhibah, tanggungjawab dan perpaduan di samping memperkukuh ikatan antara pegawai dan kakitangan di Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya.

    Hajah Hasnah (duduk, tengah) bersama warga Perbadanan TAIB mendengarkan ceramah pada majlis itu. – Gambar serahan Perbadanan TAIB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda