Tuesday, February 4, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbaiki kelemahan sistem saliran

    Cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini terutama hujan lebat menimbulkan masalah yang sentiasa dihadapi oleh pengguna jalan raya.

    Hujan lebat yang mencetuskan banjir menyebabkan banyak jalan raya ditenggelami air termasuk kawasan persimpa-ngan Bukit Kabun berhampiran perumahan Kampung Kapok, Mukim Serasa.

    Perkara ini bukan jarang-jarang berlaku malah hampir setiap kali hujan, pasti akan banjir.
    Justeru itu, saya menggesa pihak-pihak yang bertanggungjawab agar berusaha mencari cara untuk mengatasi jalan yang sering dibanjiri di kawasan tersebut.

    Keadaan ini bukan sahaja menambah kesulitan kepada para pengguna jalan yang berulang-alik menggunakan laluan tersebut, bahkan ia juga menimbulkan risiko keselamatan yang serius kepada pemandu termasuk kerosakan pada kenderaan.

    Mungkin pihak-pihak berkenaan perlu memantau sistem saliran kerana jika kurangnya penyelenggaraan jalan raya, ia boleh menyebabkan masalah banjir berulang setiap kali hujan lebat melanda.

    Di samping itu, ia juga menimbulkan keraguan terhadap kecekapan pihak berkuasa dalam mengendalikan infrastruktur asas yang begitu penting bagi penduduk tempatan.

    Saya berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil langkah proaktif dan menyeluruh untuk menangani isu ini dengan serius.

    Pengguna jalan raya berhak mendapat infrastruktur yang selamat dan boleh dipercayai, terutama di kawasan yang selalu dilanda masalah banjir.

    Demi keselamatan semua dan keselesaan pengguna jalan raya, tindakan segera perlu diambil untuk memastikan jalan raya selamat digunakan dan tidak dibanjiri semasa cuaca buruk.

    PenjagaRayaAman

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda