Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Perbaiki khidmat penghantaran makanan

    Baru-baru ini saya memesan makanan dari sebuah restoran makanan segera yang popular menerusi aplikasi telefon mudah alih, namun saya tidak berpuas hati atas perkhidmatan yang diberikan mereka.

    Saya membuat pesanan sekitar tengah hari dan menjangkakan makanan akan dihantar selewat-lewatnya pada pukul 1 petang.

    Sebaliknya, penghantaran makanan saya tiba di rumah selepas jam 3 petang dan pada ketika itu, tiada seorang pun ‘orang rumah kami’ yang mahu menjamah makanan tersebut kerana sudah sejuk dan hilang selera disebabkan terlalu lama menunggu.

    Ketika tempahan dibuat sehinggalah makanan tiba, setiap layanan yang saya terima dibalas dengan nada yang kasar seperti ‘maaf kita kami sibuk’ dan ‘penghantar kami melakukan banyak perhentian’ dan sebagainya.

    Namun apabila khidmat penghantaran tiba, tiada insiatif daripada pihak mereka untuk meminta maaf.

    Ini membuatkan saya tidak berpuas hati terhadap layanan dan perkhidmatan mereka, seolah-olah ia mencerminkan kakitangannya seperti tidak cukup menjalani kursus dalam cara melayani pelanggan.

    Sesebuah restoran perlu mengutamakan mutu servis yang diberikan kerana ia menentukan mood pelanggan sebelum mula menjamu selera.

    Pelanggan juga akan berasa gembira dan berpuas hati apabila pelayan melayan dengan baik dan ramah, walaupun berlaku kelewatan dan sebagainya.

    Oleh itu saya sarankan agar pihak pengurusan restoran berkenaan untuk sentiasa memantau kelakuan kakitangan mereka agar pelanggan tidak lari.

    Azizah Halim

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Persiapkan pelajar hadapi ancaman jenayah siber

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV -...

    Kebersihan tandas masjid perlu diutamakan

    Setiap kali saya ke masjid untuk solat berjemaah, hati...

    Kekurangan pengangkutan awam sulitkan pelancong

    Bulan lalu, ketika saya melalui jalan Gadong, saya ternampak...

    Mukbang dan realiti dunia

    Malam semalam, saya ada menonton video mukbang, dan pada...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...