MEKAH, 5 MEI – Perbandaran Mekah melaksanakan program penyelenggaraan dan pemulihan secara menyeluruh ke atas jalan-jalan utama serta kawasan sekitar tanah suci sebagai sebahagian daripada persiapan rapi menghadapi musim Haji 1446 Hijrah, lapor agensi berita Saudi (SPA).
Program itu merangkumi kerja-kerja pembaikan dan naik taraf infrastruktur termasuk jalan raya, laluan pejalan kaki, jambatan, terowong serta sistem pencahayaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada jemaah dan memastikan pengalaman ibadah yang lancar dan selamat.
Usaha itu selaras dengan arahan kepimpinan Arab Saudi yang mengutamakan aspek keselamatan, keselesaan dan kelancaran pergerakan jemaah bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah Haji dengan mudah dan tertib. – Bernama
