Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbankan Islam Malaysia terus berkembang

    KUALA LUMPUR, 1 MAC – Sektor perbankan Islam Malaysia terus berkembang meskipun ekonomi pada masa ini berhadapan dengan cabaran berikutan penularan COVID-19, kata Fitch Ratings.

    Malaysia juga terus menjadi pasaran perbankan, sukuk dan takaful Islam terbesar di ASEAN, katanya.

    Agensi penarafan kredit itu berkata penguasaan pembiayaan Islam dalam sistem perbankan mencecah 37 peratus pada akhir 2020 berbanding 35 peratus pada akhir 2019.

    “Pembiayaan Islam menyumbang hampir keseluruhan kepada pertumbuhan sektor perbankan pada 2020, dipacu oleh pembiayaan isi rumah dan bank yang mempromosikan produk Islam sebagai sebahagian daripada strategi ‘Islamic First’, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pada 2021, Fitch menjangkakan profil kredit sektor perbankan Islam kekal stabil dengan pemampan penyerapan kerugian yang mencukupi walaupun terdapat tekanan jangka pendek ke atas kualiti dan keuntungan aset.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda