Pasar Pelbagai Barangan Gadong merupakan tumpuan bagi orang ramai untuk mendapatkan pelbagai juadah untuk hidangan pada waktu malam.
Daripada minuman sehinggalah bahan-bahan dapur seperti sayur-sayur segar boleh didapati di sana.
Namun terlintas di fikiran saya, kenapa pasar malam ini hanya tertumpu di Gadong? Kenapa tidak diadakan di kawasan-kawasan lain?
Memang tidak dinafikan di kawasan Kompleks Yayasan dan Batu Satu ada juga diadakan gerai-gerai makanan namun saya rasa ia kurang kepelbagaian dalam jualan.
Jika ditinjau di beberapa tempat di negara ini, contohnya di kawasan Batu Satu, terdapat satu kawasan strategik untuk mewujudkan pasar malam ini.
Ia bukan sahaja boleh memperbanyakan destinasi untuk dituju malahan dapat membantu peniaga-peniaga kecil atau mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.
Diharap cadangan saya ini boleh difikirkan, kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi negara dan mengurangkan masalah pengangguran.
Seri







