Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) mengagihkan pelbagai jenis bubur berjumlah 400 kontena kepada orang ramai di Manggis Mall, kelmarin, sebagai aktiviti amal bulan Ramadan persatuan berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah mantan Yang Di-Pertua dan Penasihat PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud. – Yusrin Junaidi