Wednesday, September 18, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PERBEKAL anjur majlis dikir dekati masyarakat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Bulan Rabiulawwal, bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW telah menjadi kalendar keutamaan dalam menjalankan aktiviti keugamaan. Sehubungan itu, Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) merancang program tahunan ini mengadakan majlis dikir Maulud ke beberapa buah masjid dan juga rumah.

    Majlis bacaan dikir yang disertai seramai 50 ahli-ahli itu dibimbing oleh Pengerusi Biro Keugamaan PERBEKAL, HK Zakaria bin Hj Liman.

    Rombongan PERBEKAL diketuai oleh Yang Dipertua PERBEKAL, Pg Hj Nordin bin Pg Hj Mahmud turut dihadiri oleh Pengerusi Berterusan, Pg Jofri bin Pg Hj Zaidi; Timbalan Yang Dipertua, Pg Mahari bin Pg Hj Md Tahir; Naib Yang Dipertua 1, Siti Seriana binti Hj Mohd Yusof; dan juga Naib Yang Dipertua 2, Pg Abd Aziz bin Pg Hj Md Tahir.

    Tahun lepas telah diadakan perhimpunan sesama ahli-ahli, namun pada tahun ini program Dikir maulud lebih mengutamakan pertemuan masyarakat dan para jemaah masjid.

    Setakat ini Masjid Lambak Berakas dan Masjid RIPAHS Rimba telah pun dikunjungi di samping sasaran beberapa buah rumah ahli-ahli telah pun diziarahi.

    Majlis berkenaan diadakan dengan tujuan mengenang jasa pemimpin yang ulung, Nabi Muhammad SAT supaya beroleh syafaat dan juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan umat Islam sejagat.

       GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PERBEKAL

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda