Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Sempena Hari Belia Kebangsaan 2024, Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) buat julung kalinya mengadakan perlawanan boling khusus kepada ahli-ahlinya bertempat di Kompleks Sukan Bowling GOSTRIKE Arena Seria.
Hadir bagi melancarkan perlawanan tersebut ialah Yang Dipertua PERBEKAL, Pg Hj Nordin bin Pg Hj Mahmud. Turut hadir dan ikut serta dalam perlawanan berkenaan ialah Pengerusi Berterusan, Pengiran Jofri bin Pengiran Hj Zaidi; Timbalan Yang Dipertua, Pengiran Mahari bin Pengiran Hj Md Tahir; Yang DiPertua 1, Siti Seriana bte Hj Mohd Yusof Naib dan Naib Yang Dipertua 2, Pengiran Abd Aziz bin Pengiran Hj Md Tahir.
Seramai 40 orang ahli mengambil bahagian dalam perlawanan berkenaan dan dibahagikan kepada enam pasukan bertanding dalam tiga kategori: perseorangan; berpasukan dan remaja(belia), bagi merebut piala Yang Dipertua.
Antara objektif utama perlawanan adalah untuk mencungkil bakat pemain belia yang boleh diketengahkan, menjadikan sukan boling sebagai permainan yang diminati ramai, mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli dan menjalankan aktiviti yang berfaedah di samping untuk melihara kesihatan mental dan fizikal.
Acara berkenaan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi, Awg Sufian bin Hj Masri, diikuti dengan Surah Al-Fatihah dan doa selamat dibacakan oleh Pengerusi Tetap, Hj Zakaria bin Hj Liman .
Penyampaian hadiah akan diadakan di tempat dan masa yang akan ditentukan kemudian.
GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PERBEKAL