Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PERBEKAL anjur pertandingan karaoke

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Persatuan PERBEKAL, baru-baru ini, telah mengadakan Pertandingan Karaoke khusus kepada ahli-ahli PERBEKAL dengan penyertaan seramai 20 peserta yang telah mengambil bahagian dalam kategori berduet dan solo.

    Pertandingan diadakan di Dewan Kemasyarakatan II Perpindahan Negara Lambak Kanan dan hadir selaku tetamu kehormat yang seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Yang Di-Pertua PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud.

    PERBEKAL merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk keagamaan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan.

    Pertandingan karaoke tersebut adalah sebagai usaha untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan ahli di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka.

    Pertandingan diadakan bertepatan de-ngan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-78 tahun, dengan penuh rasa syukur dan pada masa yang sama untuk berhibur pada musim perayaan.

    Turut hadir ialah Ketua Kampung Lambak B, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi selaku pengerusi berterusan; Timbalan Yang Di-Pertua, Pengiran Mahari bin Pengiran Haji Mohd Tahir; Naib Yang Di-Pertua 1, Dayang Siti Seriana binti Haji Mohd Yusof; dan Naib Yang Di-Pertua 2,Pengiran Abdul Aziz bin Pengiran Haji Mohd Tahir.

    Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Haji Abdullah bin Haji Ibrahim dan bacaan Doa Selamat oleh Haji Zakaria bin Haji Liman.

    Ahli-ahli PERBEKAL bergambar ramai semasa pertandingan tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Pengiran Haji Nordin menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda