Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PERBEKAL hangatkan lagi suasana Hari Raya

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Walaupun bulan Syawal hampir sampai ke penghujungnya, namun kehangatan Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih tetap terasa dengan majlis-majlis silaturahim yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

    Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) juga tidak ketinggalan mengadakan majlis seumpamanya kelmarin, yang berlangsung di Restoran Hotel Higher dan dihadiri oleh seramai 60 orang ahli persatuan.

    Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Pemangku Ketua Kampung Lambak Kanan, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi.

    Dalam ucapannya, Pengiran Jofri menyatakan bahawa acara seumpama berkenaan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim yang sedia ada dan saling bermaaf-maafan antara satu dengan yang lain. Majlis dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan cabutan bertuah serta diakhiri dengan penyampaian hadiah-hadiah istimewa dan penghargaan yang disempurnakan oleh Penaung PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud.

    Pengiran Jofri dan ahli-ahli persatuan semasa sesi bergambar ramai pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Restoran Higher Hotel.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda