Wednesday, February 26, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PERBEKAL, PKWE adakan perlawanan boling sempena HK-41

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) telah mengadakan perlawanan boling persahabatan dengan Pusat Kebajikan Warga Emas (PKWE) yang berlangsung di Pusat Bowling Utama Jala Tutong baru-baru ini.

    Perlawanan diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-41 dengan penyertaan seramai 50 peserta telah mengambil bahagian yang dibahagikan kepada 5 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita.

    Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan perlawanan berkenaan ialah Pemangku Penghulu Mukim Berakas B, Haji Omar bin Hj Safar

    Turut hadir adalah Pengerusi PKWE, Hj Mohd Yusof bin Hj Mohd Salleh bersama Yang Dipertua PERBEKAL,Pg Hj Nordin bin Pg Hj Mahmud yang juga menyampaikan ucapan kata-kata aluan.

    Secara dasarnya perlawanan persahabatan berkenaan merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan lagi hubungan silaturahim antara dua persatuan sempena mendukung aspirasi kerajaan sempena tema Hari Kebangsaan, Bersatu mencapai Cita Negara.

    Perlawanan persahabatan berkenaan telah dimenangi oleh PKWE yang juga menerima piala rebutan yang telah disampaikan oleh tetamu kehormat.

    Gambar ramai antara ahli-ahli PKWE dan PERBEKAL semasa perlawanan berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda