Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) kelmarin menyambut Hari Raya Aidiladha 2023 pada majlis yang berlangsung di Pusat Belia BSB dengan dihadiri oleh seramai 55 orang ahli persatuan dan enam ahli dari Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lambak B.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Di-Pertua PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud.
Majlis diisikan dengan tazkirah khas bertajuk ‘Pengorbanan Tanda Cinta Pada Ilahi’ yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Alminhaaj Centre, Dayang Zati Hanani binti Dato Seri Setia Haji Abdul Rajid.
Di samping itu, majlis juga dimeriahkan dengan persembahan tausyeh dan nashid oleh ahli-ahli persatuan, penutup Majlis Zikir Marhaban dan Doa Selamat.
Turut hadir ialah Ketua Kampung Lambak B, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi; Timbalan Yang Di-Pertua PERBEKAL, Pengiran Mahari bin Pengiran Haji Mohd Tahir; dan Naib Yang Di-Pertua 1 PERBEKAL, Dayang Siti Seriana binti Haji Mohd Yusof selaku pengerusi majlis.


